Sunday, June 26, 2011

RESEPI SEMALAM (KEK BATIK BISKUT MARIE)

Hallooo....
Assalamualaikum you all..
Pada petang nan indah ni... aku nk kongsi sikit ngan korang pasal semalam yang aku dah bikin...
Di sebabkan aku dah janji dengan membe aku mau bikin kek batik..so, semalam aku terpaksa bertungkus lumus untuk siapkan kek tersebut...Kat cini aku nk gitaw sikit serba sedikit resepi kek tu.. Al maklumlah baru belajar.. Nak kata sedap tu law makan 'hen hao' la.. Apa salah nya kita berkongsi.. :)
Orait...ni ha bahan-bahan yang kita perlu sediakan... Cewah... nak blagak jadi chef jup la..heee..
First sekali korang sediakan bahan2 seperti berikut:

Bahan A:
1. 1/2 pack agar-agar
2. 1 1/2 cawan air
3. 1 cawan gula (nak manis tambah jew lebih)

Bahan B:
1. 1 pack biskut Marie ( ta kisah la perasa coffee or original) = korang patahkan jadi 4 bahagian

Bahan C:
1.  1 cawan milo
2.  1 botol serbuk koko
3.  1 cawan planta
4.  1 biji telur
5.  1/2 cawan air

Cara-cara nak masyak! (^-#)""""

Firstly you all masak kan bahan-bahan A tadi tu dalam 1 periuk... kacaukan sampaila agar-agar tu ngan gula hancur..Pehtu.. sambil-sambil  korang nak tunggu bahan-bahan dalam periuk tu masak..agak lama kan? so jangan bazirkan masa anda.. korang gi amik tuppaware or bekas then masukkan planta, korang kacau sampai jadi putih..then.. masukkan segala mak nenek yang ada kat bahan C tu.. kacau sampai sebati.. pehtu makcik-makcik sekalian jangan lupo pulak bahan dalam periuk tu.. ha.. law korang dah rasa bahan- bahan dalam tu dah hancur.. slow kan api sikit, masukkan plak bahan-bahan C yang korang penat-penat kacau td.. Gaul semua bahan tadi dalam periuk tu.. masak agak-agak coklat tu pekat.. pehtu korang masukkan plak biskut marie yang dah dipatah-patahkan tu.. kacau sampai sebati..agak- agak semua biskut tu terpalut dengan coklat.. korang tutup api.. Pastu amik bekas bentuk segi empat ke, bujur ka, suka hati korang la..tapi better pilih bekas segi empat k?senang nak potng. ha.. dah jumpa bekas? korang masukkan biskut yang dah digaulkan tu kat dalam bekas.. korang amek plastik..sarung kat tangan..(pastikan plastik tu bersih k?) korang tekan biskut tadi bagi padat-padat.. sepadat yang mungkin.. faham? then korang biarkan sejuk seketika..baru masukkan dalam freezer.. and agak sejam dua.. korang keluarkan kek tu amik potong la.. tunggu apa lagi.. masukkan dalam mulutla...urmmmmm... nyummmy!!!

Ni la hasil yang aku buat semalam...

ce cuba, ce cuba..heeee.... ta sedap tu salah kan tangan yang membuat la..hee..... :)
Good Luck... :)

Sekian sudah... Wassalam..

p/s: hen hao - boleh tahan

Tuesday, June 21, 2011

ROOMATE BARU?

Assalamualaikum... hao jiu bu jian ..... ni hao ma??

Nak di mulakan citer beberapa hari yang lepas, adala 1 berita yang agak mendukacitakan...huhuhu
Time aku tengah tido nyenyak, ada orang tetiba ja bukak pintu n bagi salam... huh! tersentap aku.. men terjah puleks pagi2 buta...huhuhu..  rupa2 nya warden yang 'terchenta'... men terjah ngan aku pulak..huhu..
dye datang n gtaw... yang aku dapat roomate baru....huhuhu.. terdiam aku! and sempat lagi aku bermonolOg dalaman.." sape la pulak yang dye nk sumbat sebilik ngan aku ni, huh!"  pastu dengan terpaksa aku pon tanya la.. sape? dye ckap budak sabah.. huh?? aku kenal! adoi.... nama dya... wani jugak.. tp..Nur Hazwani..hahaha.. klakar kan? tinggal sebilik nama wani..hihi..bilik sebelah pon nama wany..suke3..hehehe.. tapi... dengan terpaksanya, aku pon angguk jew tanda setuju.. nak cakap apa lagi kan.. kita menyewa jew.. tqima aje lew...huhuhu.. malam ni aku tidor dengan roomate baru.. wow! fantastic! hehehe... aku harap aku ngan dye tade pape masalah...  Amin... datang dari sabah ba.. boleyh la aku blajar sabah dengan roomate baru..hihi.. pape pon ada jugak hikmah and pengalaman baru..haha :)

Sekian sudah coretan mengarot dari angah_waniey :P

~wan an~

p/s: hao jiu bu jian : sudah lama tak berjumpa
      ni hao ma : salam sejahtera
      wan an : selamat malam

Sunday, June 12, 2011

CRYING

Menangis....Ada apa ea dengan menangis? Sape boleyh jawab angkat tangan macam saye..(heee...) Opss! Tak logik pulak soalan.... Menangis? Crying..?? hurm...Menurut artikel yang aku baca... menangis boleh  merawat mata yakni mencuci mata kita and ia merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress dan pada masa yang sama ia dapat menghapuskan bahan kimia yang terdapat dalam mata.  Then, dengan menangis juga ia boleh mengurangkan stress or dalam erti kata lain tekanan yang kita alami. Pada pendapat aku, ramai yang beranggapan menangis ni menunjukkan kita seorang yang lemah. Bagi aku tidak sama sekali.. jujur aku katakan, aku memang seorang yang mudah mengalirkan air mata. Memang.. air mata itu sangat bernilai.. sangat bernilai... bagi aku dengan menangis tak bererti aku seorang yang lemah. Bagi aku dengan menangis tak bererti aku tewas. Bagi aku dengan menangis tak bererti aku dah down.. 


Dengan menangis la hati aku akan asa lebih tenang. Aku dapat rasakan tangisan itu la yang dapat menaikkan semangat aku. Aku tak kisah apa orang nak kata.. " nape nangis..?" , "stop crying la.." n what eva la... aku tak kisah.. Yang penting hati aku puas selepas aku menangis.. Aku rasa masalah yang aku alami berkurang.. Beban yang terkumpul dalam hati ni dah aku lepaskan segalanya dalam tangisan aku..and tak semestinya bila kita ada masalah jew kita nanges.. sometimes ada orang nanges kegembiraan.. sometimes ada orang nanges kebahagian n everythingla.. kan? and bagi aku setiap orang ada cara masing-masing kan nak lepaskan rasa gundah gelana or rasa keseronokan yang dialami.. and setiap orang ada pendirian sendiri kan?  Tak kire la apa yang dibuat yang penting hati kita puas.. thats right?
renung-renungkan...
tepuk dada tanya la iman...

"Tanpa kesedihan kita tidak akan mengerti erti kebahagiaan. Justeru itu, kesedihan akan membuat kita bangkit untuk meraih kebahagiaan."


by: angah_waniey

   


Saturday, June 11, 2011

NEW BLOG

Assalamualaikum...

FIRST entry with my new blog....  Setelah beberapa minggu meng update blog yang sedia ada hatiku terdetik nak bikin lagi satu blog (new blog).. Hopely this blog akan membuatkan meaningful untuk aku dan kita semua..

" Cita-cita dan niat yang baik mesti disertai dengan usaha dan jalan yang baik untuk melaksanakannya "